Status
Doakan semua murid 6 Cekap dapat 5A ya :)..Thank you ,

cat

don't pick up the cat from the neck.the baby cat will be hurt so the mom only could do like that saftely..remember that!!!!!<(")

INFOKU

RABUN WARNA
Lembu adalah binatang yang rabun warna.Ia akan mengejar apa saja kain yang dikibarkan oleh matador di depannya,tidak kira merah atau kuning. *matador:(orang yang bertugas dalam sukan perlawanan lembu)
BANYAKNYA MAKAN
Paus biru adalah haiwan terbesar di dunia ini.Hatinya sebesar sebuah kereta dan lidahnya sepanjang seekor gajah!Tapi paus biru tak makan gajah.Ia hanya makan tumbuh-tumbuhan yang sangat kecil di dasar laut seperti plankton. Plankton lebih kecil dari sebiji kacang.Jadi,paus kena makan baaaanyaaaaak plankton untuk membesar.Kesian dia.
TUBUH MANUSIA
>Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit bergerak ke otak pada kelajuan 120 meter sesaat!
>Setiap hari jantung mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.
>Sehelai rambut walaupun halus mampu mengangkat berat sebanyak tiga kilogram!
BERAPAKAH WARNA PELANGI?
Walaupun kebanyakan orang dapat melihat tujuh warna dalam pelangi iaitu merah,jingga,kuning,hijau,biru,indigo dan ungu,namun sebenarnya terdapat merah,jingga,kuning,hijau,biru,indigo dan ungu,namun sebenarnya terdapat lebih daripada 100 peringkat warna yang berbeza.
MAK...!OOO MAK!
Hampir-hampir semua bahasa di dunia,perkataan untuk 'emak'berbunyi huruf 'M'.Mother,mummy,mama,mak,ma,amma,mom,omak,ummi...Er,mamak tak termasuk ye!!hahaha.
PERTAHANKAN DIRI
Bolehkah tumbuhan pertahankan diri?Mesti boleh.Tumbuhan mempertahankan diri dengan duri yang tajam,bulu-bulu yang halus,rasa yang pahit dan kadang-kadang beracun pada daun dan batangnya.
FUYOH!PANASNYA CUACA!
Relax la,sebenarnya ada tempat yang lebih panas di atas dunia ini.Sebuah tempat bernama El Azizia di Libya adalah kawasan di dunia dan ia pernah merekodkan suhu terpanas sehingga 57.8 selsius pada 13 September 1922.Tapi neraka lagi panass tau!!